Posts

Showing posts from August, 2026
Image
Hari Sandakan 1945 : Pembebasan atau pemulihan kuasa Kolonialisme British di Borneo Utara? Pendahuluan Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Borneo Utara Perang Dunia Kedua merupakan salah satu konflik paling dahsyat dalam sejarah moden yang berlangsung dari tahun 1939 hingga 1945. Peperangan ini melibatkan dua blok utama, iaitu Kuasa Bersekutu yang antaranya terdiri daripada Britain, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan China, serta Kuasa Paksi yang diketuai oleh Jerman, Itali dan Jepun. Di rantau Asia Pasifik, peluasan imperialisme Jepun telah menyebabkan peperangan merebak dengan pantas ke Asia Tenggara. Kejayaan Jepun menawan beberapa wilayah strategik British, termasuk Tanah Melayu dan Singapura, kemudiannya membuka ruang yang lebih luas kepada peluasan kuasa Jepun di Borneo. Dalam konteks Borneo Utara, pendudukan Jepun sebenarnya bermula sebelum kejatuhan Singapura. Jepun melancarkan serangan ke atas Borneo Utara pada awal Januari 1942 dan berjaya menguasai Labuan p...