Doa dan harapan
Doa di buka
Sucikan hatimu,
Daripada kegelapan dosa,
Kemudian bisikkan kepadanya
Kerendahan hati orang mati
Pintu hati dibuka dengan zikir
Ketakutan dan harapan mengujakan seni
Suara lembut memenuhi ruang
Terasa seperti sebutir pasir di hadapanmu
Dunia penuh dengan dugaan
Harga pengorbanan harus dibayar
Kerana syurga tidak percuma
Air mata menjadi saksi alam
Keikhlasan mengalir dalam doa yang tulus
Bersandar dalam pelukan langit yang luas
Seperti dada syurga menjadi tempat
Tempat jiwa yang luas yang merayu kepadanya
Karya Asnan Hamdin
Sepanggar

Comments
Post a Comment